Friday, 15 May 2020

JANA PENDAPATAN DENGAN CRYPTOCURRENCY. APA ITU CRYPTOCURRENCY?

Haii Gaiss! Apa khabar! kalau ikut trend sekarang, banyakkk giloo benda tak masuk akal boleh bagi kita income kan?? salah satunya forex, cryptocurrency, stock market yada yada. tapi kat dalam blog aku harini, aku nak story sikit pasal CRYPTOCURRENCY.

Firstly, aku akan ceritakan tentang “apa itu cryptocurrency?”

Orang kita panggil matawang digital. Matawang digital ini dicipta oleh seorang individu yang gunakan panggilan nama Satoshi Nakamoto. Sampai sekarang, tiada siapa tahu siapakah individu disebalik penciptaan Bitcoin itu. ye lah.. dia pemegang aset terbesar bitcoin kott


Aset Satoshi
Cryptocurrency ada banyak tau. ada yg bernilai, ada juga yang takda nilai

Contoh yang ada nilai dan akan kita fokuskan sekarang adalah :

Bitcoin [BTC]
Bitcoin Cash [BCH]
Dogecoin [DOGE]
Litecoin [LTC]
Dashcoin [DASH]
Electroneum [ETN]
Basic Attention Token [BAT]

mesti ada yang korang pernah dengar kann?? dengar je la, memiliki nya hurmmmm senyum je la ahahhaha 

Bitcoin ialah sejenis Cryptocurrencies/coin
Manakala Cryptocurrency ialah matawang digital (digital currency).

Bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada 31 Oktober 2008 malam Halloween apabila Satoshi Nakamoto memuat naik dan menerbitkan “White Paper” ini

white paper ni penting untuk ICO project

White paper ini mempunyai 9 helai muka surat yang menceritakan bagaimana sebuah matawang digital boleh dicipta yang bersifat 'decentralized' tanpa bank pusat (seperti Bank Negara Malaysia) dan intervensi kerajaan atau sesebuah negara yang mengawal.

Aha apa benda pulak tu centralize dengan decentralize ni. HA nanti aku huraikan for the next topic aukay. sebab benda ni luasss sangat. aku belajar benda ni ambil masa 3 bulan jugak la nak hadam..

Objektif utama Bitcoin ini adalah transaksi kewangan 'peer-to-peer' (rakan ke rakan) secara “online” tanpa memerlukan akaun bank atau melalui institusi perbankan. 

Ibarat transaksi tunai di kaunter tetapi secara online. Tapi jika tiada Bank bagaimana untuk memastikan bahawa Bitcoin ini ada nilai? Kita percaya dan yakin kepada bank untuk menerima duit dari dalam dompet kita ni, jika suatu hari bank berhenti menerima wang kertas itu, ia akan jadi kertas warni sahaja tanpa nilai utk dapatkan barangan. 


Sumber : Kes Inflasi di Venezuela

Jadi, Satoshi Nakamoto menceritakan bahawa Cryptography boleh digunakan untuk memberi keyakinan kepada bitcoin ini bahawa ia wujud dan ada nilai dengan menggunakan sistem public ledger (recording system). Dalam White paper itu juga menceritakan bagaimana cryptography ini boleh mengelak dari 'Double Spending' disebabkan ianya digital, sudah tentu ia boleh di 'copy&paste'. Ibarat anda transfer RM10 ke akaun maybank saya dan anda masih ada RM10 di dalam akaun anda, ia telah di 'copy & paste' 😱, jika ini berlaku sudah tentu ringgit tidak bernilai lagi.Sebab semua orang sibuk duduk depan pc copy&paste duit, tak ada siapa nak bekerja.



Network Komputer yang luas & amanah diperlukan untuk uruskan transaksi ini, so apa yang amanah & lurus bendul ? Chip elektronik Komputer !

Satoshi memberi gambaran bahawa “coin” ini mempunyai rekod hak milik, setiap kali bertukar tangan ia akan tulis siapa yang pernah memilikinya. seperti RM100 yg di letak kan dalam sampul, setiap kali sampul itu bertukar tangan anda perlu tandatangan. Untuk belanja RM100 tu anda hanya perlu bagi kepada sesiapa dan suruh dia tandatangan. So kat situ adalah record pemilik baru kepada wang RM100 yang bersampul tu. Pahe idok? 

Kita dah solve cara nk bagi Bitcoin nilai dan transaksi yg selamat. Sekarang kita kena 'cetak' duit Bitcoin ni.

Bitcoin tak boleh dicetak sebab ia wujud secara maya, jadi terms yg digunakan adalah mining (melombong). Mining menggunakan sistem pemprosesan komputer sama ada CPU atau GPU.

Miner memainkan peranan penting dalam network ini, mereka yang bertindak sebagai “node”/“agent” yang mengesahkan transaksi ini dengan memasukkan transaksi-transaksi yang ada dalam network ke dalam bentuk block data setiap satu bersaiz 1MB maksimum. 


Transaksi ini menggunakan equation matematik yang rumit, Hash function. Dimana ia sangat rumit sehingga mengambil masa berjam-jam utk diselesaikan. Apabila ia selesai, ia akan dimasukkan ke dalam Block itu cukup 1MB saja miner-miner ini mendapat upah dalam bentuk Bitcoin yang baharu

Hash Function

Setiap kali Bitcoin baharu dicipta, ia akan menjadi lebih sukar untuk di lombong, jadi miner perlu sentiasa upgrade CPU & GPU mereka. Jadi inilah caranya (sistem) untuk membuat transaksi kewangan sesama rakan anda tanpa melalui institusi perbankan. 

Okay guys! Sampai sini dulu pengenalan tentang CRYPTOCURRENCY. Lepas ni aku update more knowledge lagi okay! Banyak nak share ni. stay tune and jangan lupa follow aku dekat IG aku @theanggunz , @anggunshafiera , @areifahs_ untuk info2 menarik!









No comments:

Post a Comment

TOPIC

APA ITU BLOCKCHAIN? KENAPA SEMAKIN BANYAK NEGARA BESAR MULA GUNAKAN BLOCKCHAIN?

Blockchain adalah tempat penyimpanan data belajar yang tidak berpusat (decentralized) dan transparent. Blockchain juga menggunakan transaksi...